Petua Untuk Kelihatan Jelita dan Tampan


Pilihan 1: Ambil sebiji putih telur, ¼ camca teh madu lebah segar, minyak zaitun 1/4 camca teh, sebiji limau nipis. Perah dan ambil airnya. Ambil 5 kuntum bunga melur sedang mekar dan 5 biji badam. Kupas kulitnya. Semua bahan ini dikisar halus dan ratakan pada muka selama 10 minit. Kemudian bilas. Amalkan seberapa kerap yang mampu.

Pilihan 2: Ambil beras 1/2 kilogram, 3 biji limau nipis dan ambil airnya. Beras dibasuh bersih dan toskan. Kemudian campurkan dengan perahan limau nipis. Goreng kering tanpa minyak dengan api perlahan. Goreng sehingga hitam.  Sejukkan dan kisar halus dan ayak. Bancuh dengan air tapisan secukup rasa (pekatan macam tepung untuk menggoreng pisang). Ratakan dengan jari perlahan-lahan sehingga kering dan kemudian bilas.

Pilihan 3: Ambil air kelapa muda setengah gelas kacau dengan sebiji telur ayam kampung dan minum pada waktu tengah hari. Amalkan 4 hingga 6 kali seminggu.

Kenapa Anda Lambat Bertemu Jodoh?


1. Usaha Anda Belum Sempurna - Usaha sudah dibuat tetapi usaha yang sesuai dengan matlamat yang hendak dicapai itu tidak dilakukan. Usahanya masih belum betul, masih belum sempurna. Ada orang  sudah mandi bunga sampai 99 kali tetapi masih tidak bertemu jodoh. Kenapa? Mungkin dalam perancangan Allah, usahanya ialah mandi air bunga 101 kali, tetapi dia berhenti pada tahap 99 kali.’ Mesejnya ialah  mungkin kita patah semangat di tengah jalan. Oleh itu, cuba dan cuba lagi.

2. Diri Anda Belum Benar-Benar Bersedia - Pasangan sudah ada tetapi orang yang hendak mencari jodoh itu belum benar-benar bersedia.   Adakah anda benar-benar bersedia untuk menjadi suami atau isteri? Adakah sudah bersedia di segi hati, jiwa, fizikal, mental, dan kematangan.

3. Anda Tidak Ada Daya Penarik - Diri anda macam “magnet” yang boleh menarik bakal pasangan anda atau sesiapa pun untuk sayangi diri anda. Daya tarikan ini berpusat di hati. Caranya ialah dengan mengisi hati anda dengan sifat-sifat yang sempurna dan positif. Kalau kita benci pada orang, takut-takut orang yang patut sayang pada kita masih tertahan untuk meminang. Jadi, cuba maafkan semua orang. Mudah-mudahan dengan sebab memaafkan semua orang, orang yang bakal jadi tunang akan datang meminang. Kita perlu perbanyakkan istighfar, solat taubat, solat hajat, istikharah, witir dan sebagainya untuk cuci hati kita. Maka hati kita akan jadi magnet untuk menarik orang yang sesuai dengan kita untuk mudah datang, sama ada bakal pasangan atau sesiapa saja.

4. Doa Anda Tidak Makbul - Kita berdoa untuk mendapatkan jodoh. Allah s.w.t. telah berfirman: “Mintalah kepada-Ku nescaya Aku perkenankan.” Persoalannya, kenapa masih tidak bertemu jodoh? Salah satu punca doa tidak makbul ialah hati masih kotor, rezeki masih belum berkat, zakat masih belum sempurna dan sebagainya. Hati yang masih kotor bermakna masih benci atau sakit hati pada orang.

5. Restu Ibu Bapa Belum Sempurna - Jodoh tidak sampai juga mungkin disebabkan restu emak bapak tidak sempurna. Emak bapak masih rasa tidak berapa sedap untuk lepaskan anaknya. Tanya pada emak, ‘Mak benar-benar redha tak saya berumahtangga?’ Ada emak yang anak sulungnya tak mahu dilepaskan, anak bongsu apatah lagi. Itu yang kadang-kadang susah hendak dapat jodoh. Emak mahu anaknya kahwin tetapi dalam hati masih tidak benar-benar redha untuk lepaskan. Ini satu masalah yang rumit.

6. Faktor Metafizikal - Kadang-kadang tidak bertemu jodoh juga disebabkan ada faktor-faktor metafizikal yang susah hendak dijelaskan. Contohnya terkena sihir atau gangguan ilmu hitam yang kadang-kadang susah hendak dijelaskan secara saintifik. Tetapi ini wujud dan berlaku. Sebab sihir sudah ada sejak zaman jahiliah dahulu sampai sekarang. Jika ini berlaku, carilah jalan untuk benteng diri kita atau pulihkan diri kita dengan cara-cara yang menasabah untuk mengatasi masalah belum bertemu jodoh.

Ketika di AWAL & AKHIR usia kita


1- Ketika kamu dilahirkan, kamu diazan tanpa Solat,
Ketika kamu meninggal, kamu disolatkan tanpa azan.

2- Ketika kamu dilahirkan kamu tidak mengetahui siapa yang mengeluarkan kamu,
Ketika kamu mati kamu tidak tahu siapa yang akan mengusung kamu.

3- Ketika kamu dilahirkan, kamu dibersih dan dimandikan,
Ketika kamu mati, kamu dimandikan dan dibersihkan serta disolatkan.

4- Ketika kamu dilahirkan, kedua ibu bapa dan keluarga kamu bergembira,
Ketika kamu mati, kedua ibu bapa dan keluarga kamu menangis ke atas kamu.

5- Adam dan keturunannya dijadikann daripada tanah,
Maha Suci Allah yang menjadikan kamu telah memasukkan kamu kedalam setelah mati

6-Ketika dalam perut ibu, kamu berada dalam kegelapan dan kesempitan,
Ketika kamu mati , kamu juga berada dalam kegelapan dan kesempitan.

7-Ketika kamu dilahirkan, kamu dibaluti kain supaya melindungi tubuhmu,
Ketika kamu mati, kamu juga dibaluti dengan kain untuk melindungi tubuhmu.

8-Ketika kamu dilahirkan dan setelah dewasa, kamu diperhati dan melakukan kemahiran,
Ketika kamu mati, Kamu tidak akan ditanya melainkan amalan soleh… Apakah bekalan kamu yang telah kamu sediakan…..?

"Demi MASA! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali 
(1) orang-orang yang beriman, (2) dan yang beramal soleh 
(3) dan yang berpesan2 pada kebenaran (4) dan yang berpesan2 pada kesabaran". 
~Surah Al-'Asr.

Tip Untuk Wanita Kelihatan Hebat

1. Jangan tiru gaya orang lain. Cari satu keistimewaan atau persamaan yang boleh anda gunakan. Contohnya,  warna dan cara solekan mata anda.

2. Jangan membuat perubahan mendadak. Secara psikologi, perubahan berperingkat-peringkat  lebih baik daripada perubahan yang dibuat secara mendadak kerana anda boleh membina keyakinan diri setiap kali anda membuat perubahan.

3. Rambut adalah satu aset yang penting. Ia mampu menghasilkan perubahan dan imej yang berbeza. Berhati-hati sebelum memotong rambut atau menukar gaya. Dapatkankan nasihat jurudandan anda terlebih dahulu.

4. Pilih warna pakaian sesuai dengan kedudukan dan kerjaya anda. Jika di bidang korporat, adalah sesuai anda menggunakan warna yang mencerminkan penampilan " I mean business" dan hebat.

Cara Untuk Memikat Wanita Pujaan Anda

1. Gunakan Kelebihan Wanita
Sesetengah wanita ada kalanya mempunyai idea dan IQ yang lebih bernas daripada lelaki. Jika lelaki melihatnya dari sudut yang positif, bermakna kelebihan wanita ini jika digandingkan mampu mencipta idea yang hebat. Satu kelemahan wanita ialah kalah dengan emosi. Justeru dalam menakluki wanita, lelaki sebenarnya boleh menggunakan kelebihan dan kelemahan ini sebagai ‘senjata.’

2. Perancangan Teliti
Memikat wanita perlu strategi yang betul. Jika anda tidak mengaturnya dengan sempurna maka anda akan dikuasai wanita.

3. Jangan Terlalu Mendesak
Ada juga lelaki yang suka mendesak. Mereka berasa sangat puas jika melihat orang lain menurut kehendaknya. Namun dalam menunjukkan anda seorang lelaki budiman, jangan sesekali melakukannya kerana tiada wanita suka lelaki begini. Bersikap rasional dalam semua perkara dan hubungan anda akan kekal selama-lamanya.

4. Kenali Kekuatan
Sebaiknya kenalilah kekuatan pada diri anda. Jika anda mampu “memperlihatkannya” kepada si dia bermakna anda adalah lelaki idaman wanita.

5. Mesti Ada Inisiatif
Kekuatan karakter tidak menyamai kekuatan fizikal. Ramai lelaki beranggapan bentuk tubuh yang tegap adalah lambang lelaki gagah. Namun kalau karakter anda lemah, anda juga mudah kalah. Wanita biasanya mencari lelaki yang boleh melindungi diri mereka di saat susah dan senang, mampu menenteramkan jiwa di saat lara, memberikan idea di saat yang anda perlukan. Berusahalah mencari ilmu-ilmu ini kerana keupayaan anda akan membuatkan wanita begitu mencintai anda.

6. Buat Wanita Tergila-gila Pada Anda
Zaman dahulu, pahlawan menjadi pujaan ramai wanita. Mereka dianggap seorang yang hebat, pelindung dan memiliki kekuatan dan biasanya digambarkan sebagai kacak. Namun di zaman ini, tiada lagi pahlawan sebaliknya muncul ramai lelaki yang berilmu, berkarisma, memiliki segala-galanya. Jadi gunakanlah ini sebagai kelebihan membuatkan wanita tergila-gilakan anda.

7. Disiplin Diri
Bagi sesetengah lelaki, mereka bangga jika bergelar romeo dan punya ramai teman wanita. Tetapi wanita pula tidak mencari lelaki seperti ini kerana bimbang hubungan yang dibina tidak kekal ke jenjang pelamin. Wanita biasanya mencari lelaki yang boleh menjadi pelindung. Justeru itu, disiplinkanlah diri untuk setia kepada yang satu serta beberapa perkara yang boleh membuatkan wanita terus menyenangi anda.

8. Pemimpin Di Mata Wanita
Agak sukar sebenarnya mencari lelaki yang berkarisma dan memiliki sifat kepimpinan dalam diri mereka. Sikap pemimpin yang anda tampilkan mampu memperlihatkan anda mampu menerajui keluarga dengan penuh tanggungjawab.

9. Perlukan Perancangan
Ramai lelaki suka keluar berhibur malam hanya kerana mahu berseronok bersama rakan. Namun ini tidak menggambarkan komitmen anda. Wanita mahukan lelaki yang penuh perancangan bukan asyik bergembira tanpa hala tuju.

10. Kawal Cemburu
Jangan tidak tahu, bukan wanita saja yang cemburu, iri hati dan sebagainya sebaliknya ada juga lelaki begitu. Dalam mencari kekuatan diri anda, kenali sikap diri yang mungkin menjauhkan diri anda daripada insan bergelar wanita.

Petua Agar Orang Tidak Benci Pada Anda

1. Anda mengucapkan “Selamat Pagi” atau “Assalamualaikum”dengan bersungguh-sungguh, terang dan sepenuh hati.
2. Anda sentiasa penuh bersemangat dalam menghadapi hidup sehari-hari.
3. Anda sentiasa jujur dalam menilai kebaikan-kebaikan orang yang anda temui.
4. Anda banyak mengukir senyuman manis yang ikhlas.
5. Anda menghargai dan menyanjungi setiap pemberian orang kepada anda.
6. Anda tidak membebankan orang lain dengan masalah atau tugasan-tugasan anda.
7. Anda dapat mengingat dengan baik rupa paras dan nama-nama orang.
8. Anda dapat melahirkan perasaan tidak puas hati anda dengan sehalus yang mungkin dan tidak menyinggung mana-mana pihak.
9. Anda tidak mempersendakan dan mempermainkan sesiapa sahaja.
10. Anda berhati-hati ketika menyampuk atau memotong percakapan orang lain.
11. Anda menitikberatkan cara penampilan anda ketika anda bersosial.
12. Anda menghindarkan diri daripada mengucapkan kata-kata kesat dalam perbualan anda.
13. Anda tidak lokek dalam menghulurkan bantuan kepada orang.
14. Anda tidak menyimpan perasaan syak wasangka terhadap orang lain.
15. Anda sentiasa menitikberatkan perasaan orang lain ketika berkomunikasi.
16. Anda dapat menyesuaikan diri dengan mereka yang ingin berkenalan dengan anda.
17. Anda dapat menghindarkan diri daripada menegur kesilapan orang lain secara langsung dan berterus-terang.

Penjagaan Tudung

1. Pastikan tudung tidak diramas ketika mencuci, cukup sekadar dicelup dan angkat beberapa kali.

2. Cucian kering berfungsi mematikan pigmen warna pada sutera. Walaupun ia tidak luntur sekiranya dibasuh sendiri, sebagai langkah penjagaan elok dilakukan cucian kering.

3. Untuk cucian kali kedua dan seterusnya, gunakan bahan pencuci bersifat lembut.

4. Jangan berus atau tenyeh tudung berkenaan. Memadai jika anda mengepal lembut dan celup dua tiga kali sehingga bersih daripada bahan pencuci.

5. Tudung boleh dijemur di kawasan teduh.

6. Tidak perlu digosok.

7. Cara melipat tudung juga perlu betul. Jangan sekali-kali melipat bahagian sengkuap kerana jika sengkuap terlipat, ia tidak akan menjadi sempurna bila dipakai.

8. Sebaik-baiknya, cara menyimpan tudung yang mempunyai sengkuap ialah melipat dari bahagian bawah tudung. Gulung secara longgar dan masukkan ke dalam sengkuap.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Face Book SSA

Artikal Terbaru

5 Artikel Popular

Novel Pilihan

Ruangan Iklan

  • Promote Our Blog