Petua Untuk Mempertahankan Cinta Jarak jauh

1. Kepercayaan dan Kejujuran - Kepercayaan adalah keutamaan jika mahu perhubungan sebegini berhasil. Tanpa kepercayaan dan kejujuran hubungan akan berada dalam keadaan bahaya. Anda perlu percaya dan berserah pada takdir.

2. Komitmen - Komitmen amat penting dalam perhubungan. Jika anda dan pasangan memberikan komitmen sepenuhnya dalam perhubungan, ia akan berjaya. Faktor jauh atau dekat sama sahaja, cuma perhubungan jarak jauh lebih banyak cabarannya. Apa pun ia terpulang kepada individu.

3. Selalu Berhubungan - Komunikasi amat penting. Walaupun tidak dapat berkomunikasi secara bersemuka atau secara langsung, anda dan pasangan masih boleh berhubungan dengan mengutus surat, e-mel dan menelefon. Ia penting bagi mengelakkan pasangan mengisi kekosongan yang ada dengan mencari keseronokan dengan orang lain. Mungkin ia bermula dengan mencari teman untuk makan, bersukan atau sebagainya, namun ia mungkin akan membibitkan rasa cinta antara si dia dan teman baru

4. Jangan Letak Banyak Harapan - Setiap individu sememangnya mengimpikan perhubungan yang berakhir dengan kebahagiaan, namun jangan sekali-kali meletakkan harapan yang tinggi dalam perhubungan sebegini kerana dikhuatiri akan menyebabkan kekecewaan yang tragis. Ini  bukan bererti anda tidak perlu serius dalam menjalinkan hubungan, cuma jangan letakkan harapan 100 peratus terhadap hubungan cinta jarak jauh sebegini kerana perhubungan sebegini sukar dan berisiko tinggi.

5. Kesetiaan - Perhubungan sebegini memerlukan kesetiaan antara pasangan yang bersungguh-sungguh dan ikhlas. Jika tidak hubungan tidak akan Berjaya. Kebanyakan pasangan yang tiada sifat ini akan putus terutama melibatkan pasangan yang baru diperingkat bercinta kerana tiada ikatan. Dalam kes ini, kebiasaannya lelaki lebih kerap berlaku curang

6. Emosi - Jangan terlalu beremosi ketika berjauhan kerana faktor jarak dan jarang bertemu muka membuatkan anda sering menaruh prasangka buruk. Kawal emosi sebaik mungkin dan perlu berfikiran positif bagi mengelakkan pergaduhan.

Apa Kata Anda

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Face Book SSA

Artikal Terbaru

5 Artikel Popular

Novel Pilihan

Ruangan Iklan

  • Promote Our Blog