Kenapa Cinta Tidak Berbalas?

Cinta Tanpa Sedar - Ibarat bercinta dalam diam, memendam rasa tanpa luahan yang menyukarkan yang dicinta menyedari dirinya dicintai. Jika dibiarkan berpanjangan, lebih-lebih lagi jika anda begitu menguja dirinya. Langkah terbaik,beranikan diri untuk berhadapan si dia dan cuba tawan dirinya. Ia boleh dilakukan secara evolusi dan revolusi, cuma masa yang menjadi penguji kesabaran anda.

Cinta Tidak Diundang - Seperti juga berkunjung ke rumah orang tanpa mendapat undangan dari tuan rumah. Hal yang sama dengan cinta, di mana luahan cinta kita sememangnya tidak diperlukan di pihak yang empunya diri. Barangkali dirinya belum bersedia. Namun tidak salah untuk mencuba, ibarat mengalah untuk menang, apa salah untuk tebalkan muka seketika jika penamatnya kita bahagia. Tetapi bagaimana jika penamatnya menyedihkan?

Cinta Terisi - Kita mencintai kepunyaan orang. Ramai juga yang berjaya memetik bunga di laman orang, dengan syarat si bunga sudah bosan dengan si kumbang. Kalau anda memiliki tahap kesabaran menggunung tinggi, tunggulah kalau-kalau badai melanda cinta mereka, di kala itu mainkan peranan ibarat orang mengantuk di sorong bantal.

Cinta Terhalang - Barangkali si dia telah mengetahui sekuat mana usaha yang dilakukan, cinta yang bakal dijalin pasti beronak duri, penuh halangan yang tidak mungkin diatasi. Ia seperti cinta antara benua, mungkin cinta orang Semenanjung dengan Sabah atau Sarawak. Biasanya percintaan ini melibatkan pihak ketiga terutama dari kedua belah keluarga.

Tiada Jodoh - Habis cerita. Jika tiada suratan takdir untuk anda bersamanya, terimalah saja pasrah Ilahi. Mungkin ada sebab musabab di atas kegagalan cinta anda terhadap orang yang dicintai. Barangkali ada insan yang lebih baik dan istimewa sedang menanti nanti. Kegagalan cinta tidak bermakna anda berada di hujung dunia.

Menangani Kegagalan Bercinta

                                   
Jauhkan Diri dari Tempat Kenangan - Jika anda telah lama menjalinkan hubungan cinta dengan seseorang, sudah tentu banyak kenangan yang tercoret di antara anda berdua. Elakkan lokasi-lokasi yang pernah menjadi kenangan cinta di antara anda dengan si dia. Sedikit sebanyak mampu meredakan tekanan serta melupakan kisah cinta tidak kesampaian di antara anda dangan si dia.  Jika anda masih tidak mampu, apa kata anda berpindah dan mencari persekitaran baru yang lebih sesuai dengan jiwa anda yang kekosongan. 

Cari Pengganti - Jangan terlalu lama meratapi kehilangan insan tersayang. Bangkit daripada kekecewaan yang dialami dan cari pengganti yang jauh lebih elok daripada kekasih lama. Percayalah peluang untuk anda mengubat kedukaan terbuka luas asalkan anda bijak mencari peluang. Tepuk dada tanya selera.

Berfikiran Positif - Apabila si dia menolak cinta anda, pasti ada sesuatu yang tidak kena yang wujud di dalam diri anda. Adakalanya anda tidak menyedari terdapat banyak sikap negatif di dalam diri sendiri. Jadikan kekecewaan yang dialami sebagai medan untuk anda muhasabah atau menilai diri sendiri. Mana yang kurang elok segera dibuangkan supaya tragedi yang sama tidak akan berulang apabila anda menemui pengganti.

Mengenali Pasangan Anda Adalah “Kasanova”

1. Di awal perkenalan, si dia menjadi insan yang paling mulus. Apa sahaja yang anda mahu semuanya akan di penuhi. Namun harus di ingat semua itu hanya mampu bertahan tidak lebih sebulan. Sedikit demi sedikit si dia akan menunjukkan taringnya.

2. Sentiasa kemas dan perwatakannya seperti berada, tetapi sebenarnya poket kosong. Kalau ada pun cuma untuk buat pelaburan memikat anda di awal perkenalan kemudian duit anda pulalah jadi mangsa.

3. Lelaki kasanova tidak pernah patuh pada janji, perhatikan sahaja setiap kali anda keluar dating. Siapa yang akan sampai dahulu?

4. Sering beri pelbagai alasan apabila kesilapannya dapat dikesan. Lebih jelas lagi dia juga sering mempersalahkan orang lain atas kesalahannya sendiri.

5. Mementingkan kekemasan diri. Pakaian yang dipilih juga bukan calang-calang jenama. Maklumlah ingin memikat ramai mangsa.

6. Baru kenal tidak sampai seminggu sudah berani mahu sentuh-sentuh di bahagian yang sensitif. Sengaja mahu menggoda anda untuk pergi lebih jauh.

7. Apabila keluar dengannya, dia selalu tunjuk “macho” di hadapan anda Ada masanya dia akan menegur perempuan lain dengan ramah di depan anda. Kononnya mahu buktikan pada anda si dia tidak curang di belakang anda. Tetapi dia memang peramah dengan semua orang.

8. Selepas sebulan berkawan, si dia berani minta wang untuk di pinjam. Tanpa sengan silu si dia memintanya daripada anda. Alasan yang diberikan untuk meminjam itu memang bernas dan logic, dan silap-silap hari bulan anda akan termakan dengan kata-kata manisnya.

9. Lelaki kasanova biasanya mempunyai paras rupa yang agak tampan. Sebab itulah perempuan muda cair dan jadi mangsa. Jangan mudah percaya pada wajah tetapi percayalah pada hati.

10. Jarang bercerita tentang keluarganya, apatah lagi mahu membawa anda berjumpa ibu bapanya. Ini sememangnya perkara yang sering berlaku. tetapi harus ingat, ada kalanya mereka ada mengajak tetap ajak-ajak ayam sahaja.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Face Book SSA

Artikal Terbaru

5 Artikel Popular

Novel Pilihan

Ruangan Iklan

  • Promote Our Blog