Tips Untuk Menyayangi Seseorang

1. Sayangi dia dengan hati, bukan dengan perasaan. Jika anda meletakkan sesuatu perhubungan berdasarkan perasaan, ianya akan gagal kerana perasaan sentiasa berubah dari masa ke semasa.

2. Sayangi dia seadanya. Dia sememangnya seorang yang istimewa dan biarkan ianya kekal begitu. Jangan sesekali terfikir untuk mengubah apa-apa tentang dia, kerana sekali anda mengubah, selamanya anda akan terus mengubah dirinya. Anda terpikat padanya kerana dia adalah dia. Oleh itu, tiada alasan untuk anda mengubah dia untuk menjadi seseorang yang lain.

3. Sayangi dia sepenuh hati. Sesungguhnya dia telah banyak berkorban untuk anda. Dengan kelebihan yang ada padanya, dia berpeluang untuk menjalin hubungan dengan seseorang yang lebih sempurna. Tetapi demi cinta, dia telah memilih diri anda. Maka, jangan sesekali cuba untuk mempermain-mainkan keluhuran cintanya.

4. Hormati pendirian dan keputusan dia.  Jangan anda merayu dan mencipta alasan supaya dia menerima cinta anda. Kerana kelak, yang anda akan dapat darinya hanyalah cinta simpati dan bukannya
cinta setulus hati.

5. Yakinkan diri anda akan keistimewaan dia. Dia adalah satu-satunya di dunia ini dan jangan mengharapkan kesempurnaan dari dia, kerana dia telahpun cukup sempurna semenjak anda mula terpikat padanya.

6. Percaya akan dirinya. Sentiasa bersangka baik padanya jika kita juga mahukan sebegitu darinya. Pastikan anda akan sentiasa meletakkan diri anda di tempatnya sebelum melakukan apa-apa. Jika anda sendiri tidak dapat menerimanya, apatah lagi dia.

7. Jangan berjanji menyayangi dia untuk selama-lamanya kerana selama-lamanya bagi anda mungkin akan berakhir keesokkan harinya, tapi berjanjilah untuk menyayangi dirinya seolah-olah setiap hari
itu adalah hari yang terakhir untuk anda berdua.

8. BERCINTA dengannya adalah seperti memberi hati anda kepadanya untuk dilukai tapi kepercayaan itu penting. Percayalah kepadanya, nescaya dia akan melindunginya sepenuh jiwa dan raga.

9. Jangan sesekali meninggalkan dia tanpa sebarang alasan. Dia bukan hanya akan setakat menangis kecewa dan kemudiannya meneruskan hidup seperti biasa, ketahuilah bahawa jiwanya akan mati secara perlahan.

10. Jangan cepat berbangga dengan diri anda, memenangi hatinya bukanlah satu kejayaan yang mutlak tetapi anugerah itu hanya layak anda perolehi setelah anda berjaya menyayanginya sehingga ke akhir hayat. Ketahuilah, dia memilih anda adalah kerana dia percaya bahawa anda adalah seorang yang jujur dan akan menepati janji. Anda telah bersusah payah dan berusaha sedaya upaya untuk memenangi cintanya, maka dengan itu haruslah juga anda berusaha untuk terus menyintai dirinya dengan apa jua keadaan sekalipun.

Petua Berjimak Menurut Islam

1. Jangan berjimak di bawah pohon kayu yang berbuah. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang tukang sebat atau ketua yang bengis.

2. Jangan berjimak antara azan dan iqmah. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang suka menumpahkan darah.

3. Jangan berjimak jika isteri sedang hamil melainkan kedua-dua suami dan isteri berwuduk. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang buta hati dan bakhil tangan.

4. Jangan berjimak pada pertengahan nifsu syaban. Jika Allah mengurniakan anak ia akan mempunyai tanda pada yang jelek pada muka dan rambutnya.

5. Jangan berjimak pada akhir bulan (tinggal 2 hari). Jika dikurniakan anak ia akan menjadi seorang yang suka meminta-minta.

6. Jangan berjimak semasa syahwat terhadap saudara perempuan (adik ipar). Jika allah mengurniakan anak ia akan menjadi penolong dan pembantu kepada orang yang zalim, pada tanganya membuat kebinasaan kepada banyak manusia.

7. Jangan berjimak dengan isterimu di atas loteng. Jika Allah mengurniakan anak, nanti anak itu menjadi seorang munafiq, pelampau yang melewati batas.

8. Jangan berjimak dengan isterimu pada malam kamu hendak keluar bermusafir. Jika Allah mengurniakan anak ia akan membelanjakan harta pada jalan yang tidak haq.

9. Jangan berjimak dengan isterimu bila kamu keluar bermusafir dalam tempoh tiga hari tiga malam. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi pembantu kepada setiap orang yang zalim.

10. Jangan berjimak dengan isterimu pada awal malam (sebelum isyak). Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang ahli sihir, songlap dan menghendaki dunia daripada akhirat.

Waktu dan Hari Berjimak Yang Digalakkan

1. Berjimak pada malam Isnin. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang berpegang teguh dengan kitab allah dan redha terhadap segala pembahagian Allah s.w.t.

2. Pada malam selasa. Jika Allah mengurniakan anak ia akan mendapat nikmat mati syahid sesudah syahadah, dan Allah tidak akan azabkannya (turun bala) kepadanya bersama-sama orang musyrikin. Mulutnya berbau harum, yang akan melembutkan hati orang, bersih lidahnya daripada mengumpat, berdusta dan mengadu domba.

3. Pada malam Khamis. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang bijaksana di kalangan yang bijaksana atau orang alim di kalangan orang alim.

4. Sewaktu matahari di tengah langit. Jika Allah mengurniakan anak ia tidak dihampiri oleh syaitan sehingga ia tua dan menjadi seorang yang faqih serta Allah s.w.t rezekikan kepadanya keselamatan agama dan dunia.

5. Pada malam Jumaat. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang pemidato yang berwibawa dan petah.

6. Hari Jumaat selepas asar. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang anak yang terkenal, masyhur dan alim.

7. Malam Jummat selepas Isyak yang akhir. Jika Allah mengurniakan anak ia diharapkan menjadi seorang yang terkemuka.

8. Bacalah doa berlindung dari syaitan. Jika Allah kurniakan anak ia tidak dimudaratkan oleh syaitan selama-lamanya.

Kebahagiaan Rumahtangga

Sebelum berkahwin semuanya indah belaka. Tetapi apabila sudah bergelar suami isteri dan hidup bersama, ada sahaja yang tidak kena. Sebelum bergelar suami isteri, setiap pasangan perlu mengenali diri mereka sendiri agar lebih mudah menjalani kehidupan bersama. Oleh itu komunikasi di dalam perhubungan suami isteri amat penting. Ini kerana ianya melibatkan dua individu yang selalunya berbeza dalam kebanyakan hal. Kita  perlu selalu bermuhasabah diri dan menganalisis sikap, nilai, kelemahan dan kekuatan diri kita.

1. Andaian salah mengenai peranan suami isteri - Seorang suami yang mengandaikan bahawa semua wanita suka memasak mungkin menghadapi masalah sekiranya membelikan barangan dapur untuk isterinya sebagai hadiah ulang tahun perkahwinan. Ini kerana bukan semua wanita gemar memasak terutamanya mereka yang bekerjaya dan tiada masa untuk melakukan kerja-kerja dapur.

2. Mengharapkan pasangan mempunyai sikap dan perasaan serupa dengan diri sendiri -
Lazimnya, seseorang akan mencari pasangan yang mempunyai sikap, pemikiran dan kesukaan yang serupa dengan dirinya. Namun suami atau isteri perlu memberi sedikit ruang perbezaan. Perbezaan begini sebenarnya memberi peluang untuk suami isteri berkomunikasi dengan lebih kerap. Bagaimanapun, perbezaan sebegini kerap kali dijadikan rintangan dan punca perselisihan.

Cara yang berkesan menangani perbezaan ini ialah menerima pasangan seadanya. Sekiranya terdapat sedikit kelemahan dari segi perangai pasangan, bersabarlah dan berusahalah untuk mengatasinya. Adakalanya perbezaan yang wujud memberikan lebih warna di dalam hubungan suami isteri. Jadi tidaklah kehidupan anda dan pasangan terlalu bosan kerana sentiasa melakukan perkara yang sama.

3. Mudah mencari kelemahan pasangan - Komunikasi dan seterusnya perhubungan antara suami isteri juga boleh terhalang sekiranya salah seorang atau kedua-dua suka mencari kelemahan atau kesalahan orang lain. Sikap sebegini perlu dikikis supaya tidak terbawa-bawa di dalam perhubungan suami isteri. Seeloknya sentiasa mengingati saat-saat manis ketika bersama. Barulah kehidupan anda dan pasangan lebih ceria.


4. Terlalu Cemburu – Kata orang sikap cemburu menunjukkan pasangan anda menyayangi anda. Tetapi kalau sikap cemburunya sangat keterlaluan, siapa yang mampu bertahan? Pasangan yang tidak saling mempercayai antara satu dengan lain tidak akan dapat menyatakan perasaan mereka secara jujur. Mereka akan berkelakuan buruk sangka dan tidak dapat meneruskan perhubungan dalam suasana yang baik. Kesannya, rumahtangga kita tidak akan aman dan anak-anaklah yang selalu menjadi mangsa.

5. Ingin Menguasai Pasangan
Suami atau isteri yang pentingkan diri sendiri biasanya ingin berkuasa ke atas pasangannya sehingga hanya wujud komunikasi sehala di antara mereka. Suami atau isteri yang terlalu dominan juga memaparkan sifat suka merendah-rendahkan pasangannya. Akibatnya perhubungan menjadi kaku dan tidak mesra. Bagi pasangan yang tidak mampu bertahan, mereka mungkin akan mengambil keputusan untuk pergi daripada terus dibelenggu oleh sikap pasangan yang terlalu mengawal. Oleh itu, untuk mendapatkan kebahagiaan, sebagai suami atau isteri, kita perlu bertolak ansur dan jangan sekali-kali mengabaikan perasaan pasangan kita.

Rahsia Hidung Wanita

Hidung Panjang
Jika anda memiliki bentuk hidung panjang, anda merupakan seorang yang mempunyai personaliti yang kukuh dan berpotensi untuk mempengaruhi orang lain yang berada di sekeliling anda. Anda seorang yang bercita-cita tinggi dan sangat sensitif orangnya.  Selain itu, anda  juga mudah membantu dan sangat bermurah hati, hanya pada orang yang tahu menghargai anda. Anda tidak mengharapkan membalas pertolongannya cukup sekadar anda menghargai bantuan yang dihulurkan itu. Mereka yang berhidung panjang juga dipercayai bijak menonjolkan diri dan mudah berjaya dalam perniagaan dan bidang seni. 

Hidung Kecil
Jika hidung kecil, anda mempunyai daya imaginasi yang tinggi dan berbakat dalam bidang seni. Anda juga suka mengejar sesuatu yang baharu dalam kehidupan. Suka mencuba sesuatu yang baru dalam kehidupan. Juga seorang yang peramah, dan amat mudah menyesuaikan diri dengan keadaan sekelilingnya. Adakalanya sikap anda sukar diramal dan mudah bersikap kebudak-budakan. Anda  sememangnya seorang yang manja. Anda juga tidak tetap pendirian, mudah dipengaruhi oleh orang lain dan bersikap terburu-buru dalam membuat keputusan, tanpa memikirkan pro dan kontra keputusan tersebut. Hidung paruh burung :

Hidung Paruh Burong
Anda mempunyai pendirian yang teguh dalam membuat sesuatu keputusan dan tidak mudah terpengaruh dengan kata-kata orang lain. Anda cukup tegas dalam apa jua keadaan, tidak terburu-buru dan menunggu masa yang sesuai sebelum membuat sesuatu tindakan. Pasti ramai yang berminat dengan anda kerana daya pemikiran andacukup imaginatif, kreatif dan bijak, tetapi agak sukar untuk mencari cinta sejati dalam kehidupan anda.

Hidung Tajam
Jenis hidung begini suka memandang kebendaan. Bagi anda, aset dan wang adalah segala-galanya. Tiada apa lagi yang penting selain 2 perkara tersebut. Tetapi anda bukanlah pisau cukur, hanya suka mengumpulkan aset dan mencari wang dengan tulang empat kerat dan tidak suka menumpang kekayaan orang lain. Anda sanggup bekerja keras demi memastikan kehidupan anda selesa dan senang.

Hidung Lurus
Anda  merupakan seorang yang setia dan adil dalam menyelesaikan sesuatu perkara. Anda sanggup berkorban demi orang lain berbanding menjaga kepentingan sendiri. Anda akan mencari pasangan hidup yang  setia dan tidak menipu.

Hidung Kembang
Jika anda berhidung kembang, anda seorang yang aktif dan cekap dalam melakukan apa jua kerja. Anda  artistik dan suka mempelbagaikan aktiviti seharian mereka. Anda mudah menolong sesiapa yang perlu bantuan anda pada bila-bila masa sahaja. Anda mudah kasihan kepada teman-teman, sehingga tidak sanggup untuk mengecewakan sesiapa.

Hidung Runcing
Anda adalah seorang yang lemah-lembut dan amat berdiplomasi. Tetapi,  licik orangnya, suka bersikap pentingkan diri sendiri. Satu lagi kelemahan anda ialah anda mudah terpengaruh dengan apa juga yang dilakukan oleh orang lain. Mood anda sukar dijangka. Oleh itu, anda dinasihatkan supaya jangan melakukan sesuatu yang ‘bodoh’ kerana ia akan menjerat diri anda sendiri.

Hidung Pesek  
Anda merupakan seorang yang kuat berahsia. Orang yang tidak mengenali anda tidak akan dapat menjangka perasaan anda dari semasa ke semasa. Anda juga ng yakin dalam melakukan sesuatu perkara, sedangkan anda sebenarnya boleh menyelesaikan sesuatu perkara itu dengan mudah dan baik. Anda cukup peramah orannya dan mudah mesra walau dengan sesiapa sahaja. Anda boleh membuatkan orang lain cukup senang dengan kehadiran anda.

Hidung Agak Besar
Anda seorang yang cepat tersinggung, nafsu anda besar dan agak pemalas.

Hidung Agak Besar dan Bulat
Anda seorang yang bergaya dan tidak suka dianggap remeh.

Hidung Agak Besar Bahagian Bawah
Anda tidak cermat dan tidak pandai menyimpan wang, selalu berfikir yang baik-baik sahaja.

Hidung Agak Besar Tetapi Mancung
Anda seorang yang angkuh dan suka mementingkan diri sediri.

Hidung Agak Besar Tetapi Penyek
Anda  seorang yang tidak punya inisiatif.

Hidung Agak Kecil
Anda seorang yang cerdas namun hidup anda selalu menderita.

Hidung Agak Sederhana
Anda seseorang yang berhati tulus dan suka menolong.

Hidung Agak Mancung, Agak Runcing
Anda seorang yang sporting dan begitu pandai berbicara.

Hidung - Lubang Agak Lebar
Anda seorang yang sukakan milik orang lain.

Hidung - Lubang Hidung Agak Kecil
Anda seorang yang tidak teguh pendirian, fikiran tidak tetap dan mudah tergoda.

Doa Pengikat Kasih Sayang

Bagi wanita yang mengalami masalah suami liar atau curang, hendaklah banyak bersabar dan berdoa. Amalkan doa ini.

"Dan Tuhanmu berfirman, berdoalah kepada-Ku nescaya akan Ku perkenankan bagimu."

[Surah Al-Ghaafir: ayat 60]

Antara doa pengikat kasih sayang yang baik diamalkan ialah:

"Ya Allah ya Tuhanku, selamatkanlah perjalanan suamiku pergi dan pulangnya. Dekatkanlah rezeki yang suamiku cari. Kuatkanlah kasih sayang suamiku hanya padaku seorang. Bantulah suamiku ketika aku tidak mampu membantunya. Elakkanlah suamiku daripada teringin kepada apa yang Engkau tegah. Cenderungkanlah hatinya kepada apa yang Engkau perintahkan."

Doa ini hendaklah dibaca ketika di belakang suami sehingga dia hilang daripada pemandangan mata setiap kali dia keluar meninggalkan rumah. Tidak kira samada ketika dia hendak pergi ke tempat kerja atau ke mana sahaja. Amalkan setiap masa semoga suami tidak mudah tergoda dengan godaan-godaan di luar dan sentiasa di jalan yang benar.

Semoga berkat doa yang tidak putus-putus itu akan mengembalikan hati seorang suami untuk mengikuti kemuliaan peribadi Rasulullah SAW.

"Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan kedatangan hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah."

[Surah Al-Ahzab: ayat 21]

Isteri Perlu Berhias Untuk SUAMI

Menghias diri merupakan kegemaran wanita. Namun kadangkala ada segelintir wanita yang tidak faham akan kewajipannya. Dia berhias diri ketika nak keluar rumah. Ketika di rumah dia dalam keadaan tidak bersih, kadangkala rambutnya pun tidak terurus. Padahal di dalam Islam menganjurkan supaya isteri berhias hanya untuk suami. Tujuan isteri berhias ketika di rumah ialah supaya suami terhibur.

Jika suami pulang dari tempat kerja dalam keadaan letih dengan melihat isteri dalam keadaan berseri-seri serta pakaian yang bersih, maka ia menjadi penawar kepada suami. Sehingga keletihan dalam mencari rezeki tadi menjadi hilang, dan bertambahlah kasih sayangnya terhadap isteri. menjadi hilang, dan bertambahlah kasih sayangnya terhadap isteri.

Sabda Rasulullah SAW: “Dari Jabir ra. Ia berkata: Kami pernah pergi bersama-sama Rasulullah di dalam satu peperangan. Ketika kami sampai ke Madinah, kami ingin masuk ke rumah masing-masing. Maka Rasulullah SAW pun bersabda: Bersabarlah, iaitu masuklah pada waktu malam iaitu selepas Isyak, supaya isteri dapat bersikat rambutnya yang kusut dan supaya ia dapat berhias kerana telah lama telah ditinggalkan suaminya.” (HR:Muttafaqun Alaihi)

Berhias bukan sahaja bagi menyambut kepulangan suami dari tempat kerja tetapi juga ketika suami ada di rumah. Wanita Islam hanya boleh berhias untuk dirinya sendiri dan untuk suaminya. Berhias mestilah dilakukan secara sederhana, kerana tujuan berhias agar ia kelihatan bersih dan senang dilihat oleh suami.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Face Book SSA

Artikal Terbaru

5 Artikel Popular

Novel Pilihan

Ruangan Iklan

  • Promote Our Blog