Untuk Hidup Bahagia

Tinggalkan sifat PEMARAH
Paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak terang.

Tinggalkan sifat PENDENDAM
Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.

Tinggalkan sifat HASAD DENGKI
Amalannya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.


Tinggalkan sifat BAKHIL
Sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dan lain-lain dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui makhluk.

Tinggalkan sifat TAMAK
Orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut, walau berapa banyak yang diminum tetap tidak habis juga (lagipun orang tamak selalu rugi). Ingat! Yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita (mungkin ada hak orang lain di situ). Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

Tinggalkan sifat TIDAK SABAR
Andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar.

Tinggalkan sifat EGO
Ibu segala mazmummah, membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. Kerana semua orang ada egonya sendiri, cuma tinggi atau rendah tahap keegoan tersebut.

Tinggalkan sifat RIAK
Terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakon-lakon di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. Allah murka kalau kita riak, takabbur dengan apa yang kita ada.

Tinggalkan sifat terlalu MENCINTAI DUNIA
Tidak dapat menderita, dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah, tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu (bila mati cuma bawa amalan dan doa anak yang soleh atau solehah). Cinta dunia merupakan ‘neraka dunia’ kerana dunia itu ‘panas’ akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.

Tabiat Melambangkan Fikiran Negatif

Kita akan memiliki sikap suka berfikiran negatif apabila:

1. Kita memandang rendah pada apa yang orang lain buat, bakat dirinya, pencapaiannya dan usahanya.
2. Kita memperbodohkan orang semata-mata untuk menjadikan kesilapannya sebagai bahan ketawa.
3. Kita cepat melihat yang buruk dalam apa saja situasi, benda, perkara.
4. Kita selalu suka komen, mengutuk, mengkritik, hentam belakang.
5. Kita suka bercerita keburukan orang - ahli politik, kawan, kekasih, suami, isteri atau keluarga
6. Kita tidak pernah terfikir untuk merasa bersyukur.
7. Kita susah sekali meminta maaf dan tidak mahu melafazkan kemaafan.
8. Kita sukar melupakan orang yang pernah berbuat salah pada diri kita.
9. Kita banyak bercakap untuk menampakkan diri kita tahu banyak perkara, peka semua berita. Cakapan orang lain tidak penting bagi kita, kerana mereka hanya tahu sedikit sahaja, tidak setanding diri kita.
10. Kita suka menyalahkan orang lain setiap kali timbul masalah.
11. Kita lebih banyak menggunakan bahasa sindiran pedas dari cakapan berterus terang secara berhemah.
12. Kita sakit hati melihat orang lebih berjaya dari diri kita atau apabila melihat orang lebih lebih maju dari kita.

Tips Agar Lelaki Cepat Meminang Anda

Sentiasa Memelihara Penampilan - Lelaki biasanya akan tertarik kepada wanita yang sentiasa menjaga penampilannya. Tidak kiralah di rumah, di tempat kerja, bersama keluarga, dating atau di mana-mana sekali pun, wanita yang sentiasa menjaga kebersihan, pemakaian dan perwatakan dirinya akan mudah untuk didampingi oleh lelaki dan cepatlah dia akan meminang anda.

Lemah Lembut Orangnya - Hampir semua lelaki akan tertarik kepada wanita yang lemah dan lembut. Lemah lembut ini membawa pengertian bahawa seorang wanita yang sentiasa merendahkan suara ketika berkata-kata, tenang dalam tindakan, tunduk pandangannya semasa di mata masyarakat, dan bijak dalam mengawal emosi perasaan dalam apa juga keadaan.

Sentiasa Menjaga Maruah Diri - Wanita wajib memelihara maruah dirinya sendiri. Wanita yang sering menjadi kesukaan lelaki adalah wanita yang pandai menjaga dirinya sendiri. Dia tahu bila dan di mana dia perlu membawa dirinya. Dia juga arif bagaimana untuk mengawal hubungan dan komunikasi bersama lelaki-lelaki lain. Wanita yang sentiasa menitik-beratkan perkara ini sering kali akan menambat hati lelaki dengan lebih lagi.

Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri - Wanita perlu juga bijak menyesuaikan diri di mana juga dia berada. Di kampung, maka buatlah cara di kampung. Kalau di bandar pun begitu. Berhadapan dengan orang tua sudah tentu berbeza apabila bergaul dengan golongan muda. Sikap wanita yang mudah untuk bergaul dengan sesiapa pun golongan manusia, akan menjadi bonus buat diri anda sebagai seorang wanita.

Merendah Diri - Biarlah dipuji 10 kali, seorang wanita yang sentiasa merendahkan dirinya dalam hubungan percintaan amat disukai oleh lelaki. Lelaki amat benci wanita yang ego, yang mementingkan diri sendiri dan merendah-rendahkan pula pasangannya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Face Book SSA

Artikal Terbaru

5 Artikel Popular

Novel Pilihan

Ruangan Iklan

  • Promote Our Blog