Kenapa Lelaki Muda Suka Kahwin Wanita Berusia?


1. Lebih matang dan berpengalaman - Wanita berusia manjanya beralas, tidak gedik-gedik sangat. Pernah anda lihat wanita umur 40-an gedik-gedik pakai serba pink duduk di shopping complex?

2. Menumpang kestabilan ekonomi - Sambil menyelam minum air. Apabial lelaki muda bercinta dengan wanita berusia, lelaki itu juga dapat menumpang kestabilan ekonomi.

3. Tidak kuat merajuk – Dikatakan wanita muda kuat merajuk dan kadang-kadang terlalu lebih.

4.  Lebih memahami naluri lelaki - Mungkin wanita berusia berpengalaman apabila bersama dengan lelaki. Justeru, dia mungkin tahu yang mana perlu dan tidak perlu dilakukan bila bersama lelaki yang jauh lebih muda darinya. Wanita inilah yang akan jadi jurupandu perjalanan dan lelaki itu hanyalah menurutnya.

5. Lebih bersifat keibuan – Lelaki selepas kahwin selalunya inginkank anak cepat-cepat. Tetapi kebanyakan isteri muda tidak bersedia timang anak awal-awal kerana takut badan tidak mantap lepas bersalin, atau belum bersedia bergelar ibu. Jadi bagi lelaki yang memikirkan tentang ibu bapanya yang semakin tua dan ingin menimang cucu sebelum menutup mata, wanita berusia memang pilihan utama.

NOTA: Wanita berusia yang belum berrumahtangga tidak perlu khuatir. Yakinkan diri anda untuk berpenampilan lebih menarik. Kerana wanita muda yang cantik dan seksi juga ada ada saingan hebat sekarang.

Apa Kata Anda

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Face Book SSA

Artikal Terbaru

5 Artikel Popular

Novel Pilihan

Ruangan Iklan

  • Promote Our Blog