Biarkan CINTA Lama Anda Berlalu.


Pernahkah anda terasa dalam hidup  sentiasa ingatkan seseorang, ingin mendengar suaranya selalu dan kadangkala terasa dirinya begitu dekat meskipun jauh beribu batu? Jika ada, itu namanya cinta.

Cinta suatu elemen hidup yang amat misteri dan tersendiri. Ia sentiasa wujud bersama berdenyutnya nadi. Tidak kira apakah seseorang itu sudah berusia ataupun masih teruna  atau  dara, rasa cintanya tetap wujud. Jangan sangka orang yang sudah bongkok  sudah tidak memiliki cinta. Jangan sangka orang yang sudah kerepot sudah tiada cinta. Jauh di dalam cinta terus segar dan mewangi.

Kita sudah dibungkus kebahagiaan, ada kalanya kita masih teringat si dia. Walaupun semuanya itu sudah berlalu, dia terasa begitu dekat dengan kita. Kita masih ingat suaranya. Kita masih nampak senyum tawanya. Kita masih terdengar-dengar gurau sendanya. Rasanya baru semalam berlalu. Tahu-tahu usia kita sudah menghampiri setengah abad. Sudah bertahun rupanya dia pergi meninggalkan kita atau kita yang pergi membawa kejujurannya. Terkadang kita berasa sunyi dan mahu mendengar kembali semua yang pernah kita dengari dari mulutnya. Kita mahu dia mengulanginya. Namun tidak mungkin. Lantaran kita sekarang sudah hidup dalam persekitaran yang kondusif dan eleklusif, tersendiri amat.

Kata orang, kita sudah terlalu tua untuk kembali bercinta. Tubuh kita mungkin sudah tidak upaya tetapi minda dan harapan kita masih berbunga. Kita mereka-reka andaian itu dan ini. Angan-angan kita menerawang jauh. Imaginasi kita mereka sesuatu. Kita tersenyum dan menangis.

Wahai insan yang pernah bertakhta di hati, di manakah engkau sekarang? Apakah engkau juga sering teringatkan aku sebagaimana aku sentiasa teringatkanmu? Kita sering tertanya-tanya, di manakah dia? Kita sering memujuk hati kita supaya menerima hakikat bahawa dia ‘telah tiada’.

Tetapi hati kita sukar hendak percaya. Ia terus teringat dan ia terus mereka-reka cerita. Pernahkah anda teringatkan seseorang dan amat merinduinya. Anda mahu segera berada di sampingnya. Anda mahu dia mendengari anda? Itulah cinta namanya.

Misteri sungguh perasaan ini. Ia datang dan terus datang tanpa mempedulikan hakikat siapa kita lagi, dan siapa dia sekarang ini. Kita terus teringat dan terus teringat. Kita merindui suaranya, merindui gelak tawanya yang pernah kita simpan jauh di sudut hati kita. Kita ingin sekali mendengar kata-kata cintanya terucap lagi di telinga kita.

Itulah cinta. Ia misteri yang tidak pernah berjaya diberikan jawapan oleh manusia sejak dulu hingga kini. Tuhan menciptakan manusia bersama cinta dan kasih sayang. Bagaimanapun kita cuba menghilangkannya dan melupakannya. Tetapi   ia tetap kembali, dan kembali, dan kembali …….

Apa Kata Anda

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Face Book SSA

Artikal Terbaru

5 Artikel Popular

Novel Pilihan

Ruangan Iklan

  • Promote Our Blog