Kisah Pak Cik Sayangkan Isteri

Pak Mat, seorang penduduk di sebuah pondok di Melaka. Pada pertengahan bulan Januari yang lalu isterinya yang bernama Maznah telah meninggal dunia kerana diserang penyakit jantung. Pak Mat yang berusia menjangkau 40-an telah diperhatikan oleh jiran-jirannya agak luar biasa, iaitu beliau telah pergi ke kubur isterinya sebanyak 3 kali sehari.

Pak Mat pergi pada waktu pagi, tengah hari dan petang untuk menyiram kubur isterinya lebih dari dua minggu secara berterusan. Ada sesetengah jiran dan penduduk tempatan beranggapan Pak Mat begitu cintakan isterinya.

Seorang saudaranya yang terdekat bertanya, "Pak Mat ni betul-betul sayangkan isteri sehingga sanggup berbuat begini. Tak ada siapa lagi di kampung ini buat begitu".

Pak Mat pun menjawab, "Sebenarnya sebelum Arwah Mak Cik Maznah kau ni hendak hembuskan nafas yang terakhirnya, dia berpesan pada Pak Mat: “ Bang,  kalau hendak kahwin pun tunggulah sehingga rumput di kubur tumbuh dahulu, ye Bang.”

“Itulah sebabnya Pak Mat terpaksa siram kuburnya tiap-tiap hari, supaya rumput cepat tumbuh".

Apa Kata Anda

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Face Book SSA

Artikal Terbaru

5 Artikel Popular

Novel Pilihan

Ruangan Iklan

  • Promote Our Blog