Doa Untuk Mendapatkan Zuriat

Doa ini boleh diamalkan jika anda berkeinginan untuk mendapatkan zuriat. Semoga Allah s.w.t. memakbulkan. Doa ini dibaca selepas selesai solat dengan penuh kesungguhan.

1) Membaca Surah Al-Fatihah dihadiahkan kepada Rasulullah Shollallahu Alaihi Wasallam,Keluarga Baginda, Sahabat Baginda, Tabi',Tabi'ul Tabi'in,Auliyak, Ulamak, Guru-Guru Kita dan Sekelian Muslimin dan Muslimat:-

أ َعُوذُ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ. ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ. الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ. مَـلِكِ يَوْمِ الدِّينِ. إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ. ٱهْدِنَا الصِّرَ ٰطَ الْمُسْتَقِيمَ. صِرَ ٰطَ الَّذِينَ أ َنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّـاۤ لِّينَ. آمين.

2) Membaca Selawat al-Fatih 30 kali :-

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الْفَاتِحِ لِمَا أ ُغْلِقَ وَالْخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ نَاصِرِ الْحَقِّ بِالْحَقِّ وَالْهَادِى إِلَى صِرَاطِكَ الْمُسْتَقِيمِ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ الْعَظِيمِ. 30 كالي


3) Membaca doa :-

رَبِّ لاَ تَذَرْنِى فَرْدًا وَأَنتَ خَيْرُ الْوَارِثِينَ.
Ya Tuhanku, janganlah engkau birakan daku seorang diri (tanpa anak) dan Engkau sebaik-baik yang mewarisi.

4) Juga doa :-

رَبِّ هَبْ لِى مِن لَّدُنكَ ذُرِّيَةً طَيِّبَةً إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَاءِ.

Ya Tuhanku, kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik. Sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar (memperkenan) doa permohonan.

5) Juga doa :-

أَوَلَمْ يَرَ الَّذِينَ كَفَرُوۤاْ أَنَّ السَّمَـٰواتِ وَالْأَرْضَ كَانَتَا رَتْقًا فَفَتَقْنَـٰهُمَا, وَجَعَلْنَا مِنَ الْمَآءِ كُلَّ شَىْءٍ حَىٍّ, أَفَلاَ يُؤْمِنُونَ.

Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu adalah keduanya pada asalnya bercantum (sebagai benda yang satu) lalu Kami pisahkan keduanya dan Kami jadikan dari air tiap-tiap sesuatu yang hidup? Maka mengapa tidak mahu beriman?

6) Doa ini baca 7 kali :-

سُبْحَانَ مَنْ أَمْرُهُ بَيْنَ الْكَافِ وَالنُّونِ, سُبْحَانَ مَنْ أَمْرُهُ إِذَا أَرَادَ شَيْئًا أَن يَقُولَ لَهُ كُن فَيَكُونُ. أَسْأَلُ اللَّهَ الْعَظِيمَ رَبَّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ أَن يَشْفِيَكَ.

7) Solat Hajat 2 raka'at, sebaik-baiknya pada 1/3 malam :-

Raka'at pertama : Surah Al-Kafirun
Raka'at kedua : Surah Al-Ikhlas

dan boleh ditambah dengan doa Nabi Khidir dan Nabi Ilyas yang berikut:
Ertinya:

Dengan nama Allah, sesuatu itu menurut apa yang dikehendaki oleh Allah, tidak ada yang mendatangkan kebaikan kecuali Allah. Sesuatu itu menurut apa yang dikehendaki oleh Allah, tidak ada yang boleh menolak kejahatan kecuali Allah. Sesuatu itu menurut apa yang dikehendaki oleh Allah, setiap nikmat itu adalah dari Allah. Sesuatu itu menurut apa yang dikehendaki oleh Allah dan tidak ada daya dan kekuatan kecuali bagi Allah.

Ibnu Abbas berkata: sesiapa yang membaca doa di atas ketika pagi dan petang sebanyak 3 kali maka Allah memberikan keselamatan kepadanya dari tenggelam, kebakaran, kecurian, syaitan, pemerintah yang zalim, ular dan kala jengking (binatang bisa dan buas). Dari kitab Tanwirul Qulub, Syeikh Muhammad Amin Al-Kurdi.

Amalan Untuk Dapat Cahaya Mata
1.Memperbanyakkan taubat dan istighfar. Ibu bapa yang banyak melakukan taubat dan istighfar, ALLAH s.w.t. sentiasa mengasihi dan merahmati kedua-duanya dan juga segala isi dalam rumahtangga termasuk anak dalam kandungan.

2.Berpuasa sunat. Khusus untuk suami, banyak berpuasa sunat atau sekurang-kurangnya semingu dua kali atau sehari pada hari Isnin dan Khamis atau salah satu daripada hari-hari berkenaan atau pada hari-hari putih (13, 14 dan 15 bulan Hijrah). Perlu diingatkan, amalan puasa sunat cuma digalakkan dilakukan oleh suami atau bapa (bagi anak) sahaja seperti mana dilakukan oleh Nabi Zakaria a.s. Bagi ibu, sekiranya tidak memberi kesan kepada kesihatan bayi dalam kandungan bolehlah diamalkan.

3.Tidak bercakap yang sia-sia. Ketika isteri sedang mengandung, suami seboleh-bolehnya tidak bercakap yang sia-sia, lebih-lebih lagi yang boleh mendatangkan dosa seperti mengumpat, menfitnah dan sebagainya. Sebaliknya, basahilah lidah dengan berzikir dan bertahmid atau bercakap yang mendatangkan faedah.

4.Banyak berdoa. Sentiasa berdoa agar ALLAH s.w.t. mengurniakan anak yang soleh atau solehah. Sekurang-kurangnya setiap lepas sembahyang, bacalah doa khusus bagi ibu yang sedang mengandung.

5.Banyak membaca al-Quran. Secara umumnya, elok membaca al-Quran dengan semua surah, tetapi di sini ustazah mengkhususkan surah-surah yang dibaca serta kesannya.

6. Mengamalkan minum madu sebelum dan selepas tidur, minum air zam zam, kunyah habatus sauda dan makan kurma basah 7 biji setiap pagi.

7. Perbanyakkan selawat. Firman Allah (s.w.t) yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya berselawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya”. [Surah Al-Ahzab: 56]
Manakala di dalam hadith-hadith Rasulullah (S.A.W.), terdapat banyak arahan dan kelebihan-kelebihan yang dinyatakan berkenaan dengan selawat ke atas baginda (S.A.W.), antaranya :-

Sabda Rasulullah (S.A.W.) yang bermaksud: “Barangsesiapa yang berselawat ke atasku dengan sekali selawat nescaya Allah (s.w.t) akan berselawat ke atasnya sepuluh kali”. [Hadith riwayat Imam Muslim daripada Abdullah bin Amru bin Al-‘Ass r.a]
Sabda Rasulullah (S.A.W.) yang bermaksud: “Sesungguhnya manusia yang paling utama denganku pada hari kiamat ialah yang paling banyak berselawat ke atasku”. [Hadith riwayat Imam Tirmizi daripada Abdullah bin Mas’ud r.a]
Sabda Rasulullah (S.A.W.) juga yang bermaksud: “Barangsesiapa yang berselawat ke atasku sekali nescaya Allah akan berselawat ke atasnya sepuluh kali”. [Hadith riwayat Imam Muslim daripada Abu Hurairah r.a]

Bacaan Ketika Mengandung
Surah al-Fatihah – Untuk menerangkan hati dan menguatkan daya ingatan
Surah Maryam – Untuk memudahkan ibu bersalin dan memperolehi anak yang sabar dan taat.
Surah Luqman – Untuk memperoleh anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa.
Surah Yusuf – Untuk memperoleh anak yang cantik rupa dan cantik akhlak.
Surah Hujurat – Untuk memperbanyakkan susu ibu da dan anak bersifat berhati-hati
Surah Yaasin – untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat.
Surah Taubah – Untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat.
Surah an-Nahl – Untuk melahirkan anak yang berdisiplin.


Apa Kata Anda

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Face Book SSA

Artikal Terbaru

5 Artikel Popular

Novel Pilihan

Ruangan Iklan

  • Promote Our Blog