Test Kegembiraan Dan kesedihan anda


Di sini kami sediakan satu ujian untuk menguji sejauh mana anda gembira dengan kehidupan ini dan adakah anda benar2 bahagia dengan apa yang anda ada sekarang.
1 ) Langkah Pertama
 Senaraikan 10 perkara yang membuatkan anda gembira.
( Berkaitan Kehidupan / Keluarga / Diri / Anugerah atau sebagainya )
  1. __________________________
  2. __________________________
  3. __________________________
  4. __________________________
  5. __________________________
  6. __________________________
  7.  __________________________
  8. __________________________
  9. __________________________
  10. __________________________
2) Langkah Kedua
 Setelah anda menyenaraikan kesemua sepuluh perkara tersebut, jadi sekarang anda tukarkan perkara yang menggembirakan itu kepada sebaliknya. Jika anda tidak dapat memiliki atau rasai kegembiraan itu, adakah anda akan masih gembira tanpanya ataupun anda akan berada dalam kesedihan?
Contoh:
BilPerkara yang menggembirakan saya
Saya masih gembira jika saya tidak memilikinya
Saya akan bersedih jika tidak memilikinya
1Kenaikan pangkat
Ya
 -
2Mendapat keluarga bahagia
 -
Ya
3Shopping
Ya
 -
4Percintaan
 -
 Tidak
5
6
7
8
9
10

Jawapannya.
1) Jika anda mendapat ‘ Saya masih gembira ….’ itu lebih banyak, bermakna anda ialah seorang yang bersyukur dan tidak mudah bersedih jika tidak dapat memiliki sesuatu itu. Anda juga seorang yang boleh berdiri sendiri dan boleh mencipta kebahagiaan walaupun tanpa bantuan orang atau perkara lain. Anda mudah merasa puas hati dengan sesuatu perkara yang anda lakukan atau miliki, jadi jika anda tidak berjaya juga ia tidak memberi kesan yang besar dalam kehidupan anda.
2) Jika anda mendapat ‘ Saya akan bersedih……’ itu lebih banyak, bermakna anda seorang yang terlalu bergantung dengan sesuatu dan orang untuk menjamin kebahagiaan dan kegembiraan anda. Anda mudah merasai kesedihan dan bersendirian jika tidak mendapat itu atau ini seperti kehendak anda. Anda juga seorang yang cepat kecewa dan jika berlaku sesuatu kemalangan atau kematian, andalah orang yang paling sedih dan seolah-olah putus semua harapan dan anda tidak mahu meneruskan kehidupan.
3) Jika anda mendapat markah yang sama dan seimbang kedua-duanya, anda pula adalah seorang yang seimbang, cenderung menjadi orang yang bergantung dan cenderung menjadi sebaliknya. Anda seorang yang adakalanya menjadi mudah sedih dan adakalanya menjadi kuat. Sebaiknya setelah anda tahu keadaan emosi anda ini, anda boleh berusaha untuk menjadi seseorang yang lebih berdikari dan tidak terlalu bergantung kepada sesuatu untuk gembira.
Jadi, anda dalam kategori mana? Selamat Bermotivasi!

Apa Kata Anda

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Face Book SSA

Artikal Terbaru

5 Artikel Popular

Novel Pilihan

Ruangan Iklan

  • Promote Our Blog